Ciri-ciri fizikal Charok_Bendang_Mak_Kib

Berdasarkan peta Tanah Melayu bersiri HIND 1035 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), sumber bagi Charok Bendang Mak Kib terletak di Bukit Goh Lembu dengan anggaran ketinggian dari atas min aras laut mencecah 272 meter (892.4 ka), di rujukan grid RG4393. Selain itu, sumber sungai Charok Damar dan Charok Ketun juga terletak berdekatan dengan sumber Charok Bendang Mak Kib. Ia akan sedikit melengkung apabila mencecah di kaki bukit dengan menelusri Hutan Simpan Kekal Koh Mai, lalu diteruskan ke hilir ke arah barat daya.[3][4] Charok Bendang Mak Kib akan membuat pertemuan antara dua anak sungai tanpa nama dari Bukit Goh Lembu dan seterusnya melalui kawasan pertanian sawah padi yang diusahakan oleh penduduk setempat. Sebelum sampi ke hilirnya, Charok Bendang Mak Kib akan melintasi jambatan pejalan kaki dahulu, kemudian melengkung sedikit berbentuk "L" terbalik. Sungai ini akan bermuara dengan membuat pertemuan antara Sungai Seraya, di ketinggian atas min aras laut iaitu 76 meter (249.3 ka) di kawasan perkampungan kecil Kampung Seraya di RG4192.[1][3][4]